Tuesday, December 27, 2011

SYARAT DAN TERMA

Kelas renang bersama saya hanya untuk wanita pada masa ini dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.


Kanak-kanak seawal umur 2 tahun digalakkan untuk selalu bermain air di kolam/ibu bapa perlu memberi pendedahan awal agar mereka akan lebih berani untuk sertai kelas renang bila umur mencapai 5 atau 6 tahun.

  • Kanak-kanak berumur 2 – 5 tahun adalah lebih kepada pengenalan untuk bermain dengan air, kemungkinan besar mereka masih belum faham tentang sesuatu teknik yang diajar. Ibu bapa disarankan untuk memberikan galakan untuk menghilangkan rasa takut / aqua phobia.
  • Saya mula mendedahkan anak saya kepada persekitaran kolam renang pada umur 6 bulan supaya anak saya dapat menyesuaikan diri dan tidak berasa takut di dalam air.


Lokasi : Kolam Renang Apartment Vistaria, Puchong.


Jadual Kelas : Sabtu dan Ahad - 9.30 - 10.15 pagi / 5.30-6.15 petang


Syarat-syarat umum:


Pelajar mesti mengisi borang pendaftaran (akan diberi) dan bertandatangan. Borang hendaklah diserahkan pada hari pertama kelas.

  1. Pelajar mesti berpakaian renang dan juga goggle semasa kelas dijalankan.
  2. Pelajar mesti mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolam.
  3. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kolam sebelum mendapat arahan dari swimming instructor bagi tujuan keselamatan.
  4. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan pelajar mesti melaporkannya kepada Life Guard bertugas atau terus kepada swimming instructor
  5. Pihak kami berhak mengambil gambar pelajar bagi tujuan stroke correction atau tujuan pengiklanan

Syarat-syarat bayaran:

  1. Pelajar perlu membayar RM100 pada hari pertama kelas, bayaran baki yuran boleh di bayar pada kelas ke 4 dan ke 8.
  2. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
Syarat-syarat tambahan:

  1. Kami berhak membatalkan atau melakukan perubahan waktu kelas atas sebab-sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
  2. Pihak kami berhak menukar mana-mana syarat di atas tanpa sebarang notis.

No comments:

Post a Comment