Tuesday, December 27, 2011

BOUYANCY DAN RENANG

Timbul Masa Berenang

timbul masa berenang

Daya Apungan Badan

Bouyancy bermaksud kemampuan sesuatu benda mengapungkan diri pada cairan tertentu seperti air, raksa dan sebagainya.

Daya apung atau bouyancy ini dipengaruhi oleh perbandingan antara jisim sesuatu benda dan jenis cairan yang terlibat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai density. (kepadatan sesuatu objek). Jika didapati density sesuatu benda atau objek itu lebih besar dari density air, maka dengan mudahnya objek itu akan tenggelam. Ini disebut bouyancy negatif. Jika density objek itu lebih kecil dari density air, maka objek itu tadi akan timbul. Ini dinamakan bouyancy positif.

Apa kaitan bouyancy dengan tubuh kita semasa berenang? Di sini ada dua elemen yang berkait rapat. Tubuh dan juga air.

Pada asasnya ada 4 faktor berkaitan tubuh badan yang dapat mempengaruhi daya apung@bouyancy semasa berenang :

1. Saiz atau Volume paru-paru seseorang. Lebih besar saiz paru-paru seseorang itu, maka lebih tinggi daya apung yang dimiliki

2. Jumlah lemak dalam tubuh. Lebih besar atau banyak lemak yang dimiliki seseorang dalam tubuhnya, maka lebih mudah ia terapung di dalam air. Inilah sebab mengapa orang yang gemuk, mudah terapung dan mudah belajar berenang. satu kelebihan..

3. Volume otot pada tubuh. Jika lebih besar volume otot yang dimiliki seseorang itu, maka lebih rendah daya apung yang dimiliki. Dengan kata lain, ia senang tenggelam. Sinker! Bouyancy negatif. Lambat belajar berenang!

4. Jisim tulang. Semakin besar saiz atau kerangka tulang seseorang, maka semakin rendah daya apung yang dimiliki. Pada kebiasaannya jisim tulang yang besar dimiliki oleh kaum lelaki. Ini menunjukkan kaum lelaki mudah tenggelam berbanding kanak-kanak dan kaum wanita.

Elemen yang kedua pula ialah air. Air yang mempunyai density tinggi seperti air laut memberi daya apung yang tinggi kepada tubuh badan manusia. Sementara air yang berdensity rendah seperti kolam, tidak membantu bouyancy seseorang itu semasa berenang. Ini menjelaskan kepada kita berenang di laut lebih mudah berbanding berenang di kolam renang biasa. Anda bagaimana? Adakah anda seorang sinker? Atau anda seorang floater? Semua ini mempengaruhi jangkamasa pembelajaran semasa di kelas renang

Sumber: http://smart-renang.com/55/bouyancy-dan-renang/

No comments:

Post a Comment