Tuesday, December 27, 2011

KENAPA BERENANG?

9 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELAJAR BERENANG :

Berenang merupakan 1 kemahiran hidup yang tak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu anda dapat menggunakannya bagi menyelamatkan nyawa sendiri

Renang merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat berbanding sukan lain. Disebabkan sifatnya yang tidak memberi kesan@impact pada bahagian sendi, ia dapat menghalang kecederaan semasa kita melakukannya. Ia sangat disarankan oleh doktor-doktor bagi menghidap obesiti dan juga penyakit asma.

Antara sukan atau aktiviti luar yang paling murah harganya berbanding sukan lain. (sukan berkuda misalnya) Untuk menyertai aktiviti ini, apa yang diperlukan hanyalah sepasang swimming suit dan bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah RM2.00 bagi kolam awam.

Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang ideal. Lakukan aktiviti ini secara berterusan. Lakukannya sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap kali latihan 3 kali seminggu. Jangan lupa jaga faktor pemakanan anda. InsyaAllah ini dapat dicapai.

sukan memanah

Disebabkan kelebihan-kelebihannya yang banyak, renang adalah sunnah yang disaran selain dari kemahiran memanah dan juga berkuda.

Aquatic Advanture bermula dengan kemahiran renang. Dengan kemahiran yang dimiliki membolehkan anda melibatkan diri dengan sukan air. Sebagai contoh, scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi, tetapi kemahiran yang dimiliki tentunya membuatkan anda bertambah yakin untuk menyertainya.

Muka bumi kita terdiri dari 70% air berbanding daratan. Ke mana-mana kita pergi, pasti kita akan temui air. Air laut, air tasik, kolam, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan lebih bermakna.

Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang, tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati sahaja. Sedangkan ahli keluarga lain sedang berseronok bermain air dan berenang.

Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan . Kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya dapat melakukannya bersama keluarga.

Sumber: http://www.ezi2swim.com/tips-renang/kenapa-perlu-belajar-berenang/#more-30

No comments:

Post a Comment